Monday, January 5, 2009

sejarah kota bharu kelantan

Kota Bharu merupakan sebuah pusat bandar utama bagi Negeri Kelantan . Perkembangan bandar Kota Bharu bermula pada tahun 1844 iaitu sebagai sebuah penempatan DiRaja kini berfungsi sebagai pusat utama bagi pentadbiran, perdagangan, kewangan, kebudayaan dan pendidikan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi mengendalikan pentadbiran bandar Kota Bharu. Keluasan Bandar Kota Bharu adalah seluas 115.64 km persegi dengan jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang.


Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.
Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi.



Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.

1 comment:

Anonymous said...

nie sejarah bandar negeri aku