Prof sidek tidak menafikan kasih sayang terhadap anak sukar digambarkan dengan kata-kata, malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan ada ibu bapa yang sanggup menipu, semata-mata untuk kebaikan anak masing-masing.
Bagaimana pun kemewahan dah kebendaan bukan aspek utama, sebaliknya mencintai allah kerana dengan kecintaan itulah yang bakal melahirkan anak beradab sopan terhadap ibu bapa. Sekiranya dibentuk dengan kebendaan semata-mata, mungkin anak akan menjadi insan mementingkan diri sendiri, tidak mengendahkan ibu bapa hingga akhirnya membawa mereka tinggal dirumah orang tua.
Bayangkan pada saat itu anak kita tidak ada lagi adab sopan kepada ibu bapa. Kita menjadi orang terbiar dan mengharung sunyi dan sepi seorang diri. Kita ditimpa keuzurun yang tentunya memerlukan perhatian dan bantuan. Dan sekiranya kasih sayang,bantuan dan simpati tidak datang daripada anak, apa perasaan kita pada masa itu.
Soalan ini ditanyakan supaya timbul keinsafan kepada diri bahawa semua orang akan tua dan bakal meningalkan alam ini. Apakan sebelum kita pergi adab sopan anak-anak berkekalan terhadap ibu bapa. apakah kasih sayang tetap subur dihati kita terhadap mereka.
Apakah ada masa kita perutukan untuk menelefon mereka di rumah apabila kita berjauhan. Apakah kita ziarahi mereka di kampung pada hujung minggu atau waktu cuti. Apakah kita membawa bersama anak-anak apabila kembali menziarahi datuk dan nenek. Kehadiran cucu adalah terbaik untuk datuk yang sepi dan sunyi. Apakah perasaan kita pasti bahawa ibu bapa yang sudah tidak bekerja mempunyai sumber yang cukup untuk hidup, katanya
Tegasnya, hal berkenaan dipersoalkan kerana dalam islam, anak adalah amanah dan harta. Pendidikan adab sopan dan kasih sayang adalah suatu keperluan. Anak-anak tidak hanya dibesarkan dalam kemewahan dan kesenangan, tetapi harus disuburkan dengan kesedaran dan keinsafan bahawa ibu bapa adalah sebahagian daripada hidup kita.
Sekiranya anak berpendapat bahawa tanggungjawab membesar dan mendidik kita adalah tanggungjawab ibu bapa semata-mata dan apabila mereka dewasa dan mampu mencari hidup sendiri maka ubi bapa dirasakan tidak perlu lagi dalam hidup kita.
Inilah yang sedang berlaku akibat dari faham sombong, lupa diri dan kerana tarikan kebendaan, nafsu nafsi dan faham individualistik yang tinggi. Lebih malang lagi jika berlaku kematian salah seorang dari ibu bapa atau kedua- duanya maka anak-ank amat gagah untuk merebut harta tinggalan.
Kita sama-sama fikir dah renungkanlah kalau semua ini terjadi pada kita??????
No comments:
Post a Comment