1) Jangan terlebih gembira dengan anak lelaki dan berdukacita dengan anak perempuan.
Sesungguhnya kita tidak mengetahui yang mana satu memberi kebaikan. Berapa ramai yang kita temukan dianugerahkan dengan anak lelaki tetapi tidak menginginkannya atau dengan kata lain dia lebih mengharapkan anak perempuan. Bahkan ada kala anak perempuan lebih membahagiakan dan pahala yang diperoleh daripadanya lebih banyak.
Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa’ ayat 11:
آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا
Maksudnya:
lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.
Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh
at-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: مَنْ كَانَتْ لَهُ ابْنَةٌ فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ أَدَبَهَا، وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا، وَأَوْسَعَ عَلَيْهَا مِنْ نِعَمِ اللَّهِ الَّتِي أَسْبَغَ عَلَيْهِ، كَانَتْ لَهُ مِنْعَةً وَسُتْرَةً مِنَ النَّارِ.
Maksudnya:
Daripada Abdullah berkata: Aku mendengar rasulullah s bersabda: Sesiapa yang mempunyai anak perempuan dan dia mendidiknya dengan sebaik-baik didikan, mengajarnya dengan sebaik-baiknya dan melapangkannya dengan segala nikmat yang Allah anugerah kepadanya (ibu/bapa), nescaya anak perempuan itu menjadi penghalang dan pengadang daripada api neraka.
2) Melaungkan azan di telinga anak.
Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan Tirmidzi yang merupakan hadis Hasan Sahih:
عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ
Maksudnya:
Daripada A’sim bin Ubaidillah bin Abi Rafi’ daripada ayahnya berkata: Aku melihat Rasulullah s mengazankan di telinga Hasan bin Ali dengan azan sembahyang ketika fatimah melahirkannya.
Diriwayatkan oleh Ibn Sunni secara marfuk daripada hadis Husain dengan lafaz;
مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَأَذَّنَ فِي أُذُنه الْيُمْنَى وَأَقَامَ فِي الْيُسْرَى لَمْ تَضُرَّهُ أُمُّ الصِّبْيَان
Maksudnya:
Sesiapa yang dianugerahkan anak, maka dia mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri, nescaya ummu sibyan (Jin) tidak boleh memudaratkannya.
Juga disunatkan mengajarkan ucapan “لا اله الا الله” apabila kanak-kanak sudah boleh bercakap. Jadikan ucapan syahadah sebagai ucapan pertamanya. Berkata Ibn Juzai: Berkhatan di antara usia tujuh hingga 10 tahun kerana ia merupakan usia awal ibadat dituntut dan sunat membuat kenduri berkhatan bagi anak lelaki.
Berkata Imam Ghazali: Khatan sunat pada hari ke tujuh berdasarkan hadis di dalam as-Sunan al-Kubra:
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ : عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ وَخَتَنَهُمَا لِسَبْعَةِ أَيَّامٍ.
Maksudnya:
Daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir berkata: Rasul SAW melakukan akikah untuk hasan dan husain dan khatan keduanya pada hari ke tujuh.
3) Memberikan nama yang baik.
Ini merupakan hak anak untuk mendapat nama yang baik. Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir:
عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بن أَبِي زُهَيْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"إِذَا سَمَّيْتُمْ فَعَبِّدُوا"
Maksudnya:
Daripada Abd Malik bin Abi Zuhair daripada bapanya berkata: Sabda Nabi SAW: Jika kamu menamakan anak, maka letakkan nama yang membawa maksud perhambaan (Abd).
Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : سَمُّوا بِاسْمِى وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِى
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Namakan (anak kalian) dengan nama ku tetapi jangan mengambil gelaran seperti gelaran ku (Abu Qasim).Anak yang keguguran juga sunat diletakkan nama. Juga disunatkan menukar nama yang tidak elok.
Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud:
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya:
Daripada Abu Darda’ berkata: Bersabda Rasul s: Sesungguhnya kalian akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama-nama ibu bapa kalian, maka indahkan nama-nama kalian.
4) Akikah.
Untuk anak lelaki dua ekor kambing, manakala anak perempuan seekor kambing. Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan di dalam as-Sunan al-Kubra:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« يُعَقُّ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ ». قَالَتْ : وَعَقَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ شَاتَيْنِ يَوْمَ السَّابِعِ وَأَمَرَ أَنْ يُمَاطَ عَنْ رَأْسِهِ الأَذَى. وَقَالَ : اذْبَحُوا عَلَى اسْمِهِ وَقُولُوا بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُمَّ لَكَ وَإِلَيْكَ هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَنٍ
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA daripada Nabi SAW bersabda: Dibuat akikah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang (sama besar/sama umur) dan untuk anak perempuan seekor kambing. Berkata Aisyah: Rasulullah SAW membuat akikah untuk Hasan dan Husain dengan dua ekor kambing dan memerintahkan untuk mencukur rambut. Sabda Nabi SAW: Sembelihlah dengan nama Allah dan ucapkanlah “dengan nama Allah dan Allah maha besar. Ya Allah, untuk Mu dan kepada Mu akikah fulan ini”.
Juga termasuk di dalam perkara sunah bersedekah senilai timbangan rambut yang dicukur dengan nilaian emas atau perak.
Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Tirmidzi daripada Ali bin Abi Talib:
يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً قَالَ فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
Maksudnya:
Wahai Fatimah, cukurlah kepalanya (Hasan) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya dengan perak. Berkata Ali: Fatimah menimbang dan beratnya satu dirham atau sebahagian dirham.
Berkata Saidatina Aisyah: “Jangan dipatahkan tulang korban akikah”. Optimis tulang anak yang dilahirkan sempurna dan sihat.
5) Tahnik dengan kurma atau manisan.
Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim;
عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّهَا حَمَلَتْ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ بِمَكَّةَ قَالَتْ فَخَرَجْتُ وَأَنَا مُتِمٌّ فَأَتَيْتُ الْمَدِينَةَ فَنَزَلْتُ بِقُبَاءٍ فَوَلَدْتُهُ بِقُبَاءٍ ثُمَّ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ فِي حَجْرِهِ ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَنَّكَهُ بِالتَّمْرَةِ ثُمَّ دَعَا لَهُ وَبَرَّكَ عَلَيْهِ وَكَانَ أَوَّلَ مَوْلُودٍ وُلِدَ فِي الْإِسْلَامِ
Maksudnya:
Daripada Asma’ sesungguhnya dia mengandungkan Abdullah bin az-Zubair di Mekah. Dia berkata: Aku keluar (dari Mekah) ketika hampir melahirkan dan memasuki Madinah. Aku singgah di Quba dan melahirkannya di situ. Kemudian aku menemui Rasulullah SAW lalu baginda meletakkan Abdullah di riba baginda. Kemudian baginda meminta kurma dan mengunyahnya kemudian meludah ke dalam mulut Abdullah. Benda pertama yang memasuki rongga Abdullah ialah air liur Rasulullah SAW kemudian mentahniknya dengan tamar. Kemudian baginda mendoakannya dan memberkatinya. Abdullah kanak-kanak pertama yang dilahirkan di dalam Islam.
No comments:
Post a Comment