Hadiah bukan bererti pemberian material semata-mata. Sebaliknya bermacam-macam cara dan tindakan yang boleh kamu lakukan sebagai pengganti sebuah hadiah. Apa yang penting, pemberian tersebut perlu lah lahir dari sebuah perasaan yang ikhlas dan jujur. Ada juga perbuatan tertentu yang boleh kamu kategorikan sebagai hadiah. Hadiah yang ikhas ini boleh ditunjukan khas buat sahabat tersayang.
Tips 1
Di kala kamu dipulaukan oleh teman2 sekolej atau sekerja yang lain sahabat sedia berada disisi dan cuba menjernihkan keadaan dengan menjadi orang tengah di antara kamu dengan kawan2 yang lain. Maka individu ini memang wajar digelar sahabat sejati.
Tips 2
Walau apa jau kebururkan yang didengarinya mengenai diri kamu sahabat tidak akan mempercayai dengan mudah. Sebaliknya seorang sahabat sejati akan merujuk kembali kepada kamu dan menanyakan tentang kedudukan yang sebenar.
JADI PENDENGAN SETIA
Mendengan apa yang diceritakan atau dibincarakan oleh sahabat di hadapan kamu. Jangan sesekali menyampuk atau menokok tambah sewaktu sahabat sedang berbicara. Buktikan bahawa kamu adalah pendengan yang setia dan sudi untuk berkongsi suka dan duka bersama – samanya
MENGAMBIL BERAT
Tidak semua masalah yang dihadapi oleh sahabat perlu diluahkan secara lisan. Ada kalanya kamu mampu mengenal pastinya melalui reaksi wajar sahabat, sekiranya sahabat mu sedang berduka, sebagai tanda mengambil berat keatas dirinya, apa kata jika kamu cuba menghiburkan hatinya dengan mengajak keluar bersama bagi menenangkan fikiran.
JALIN KEMESRAAN
Sedia menghulukan bantuan atau pun pertolongan kepada sahabat, meskipun ia hanyalah sekadar pertolongan kecil. Namaun perbuatan tersebut bakal mengeratkan lagi sesebuah perhubungan
No comments:
Post a Comment