Thursday, February 26, 2009

GEMBIRANYA AKU

Hari nie yang aku rasa gembira sangat asgmnt aku dah siap yang tertangguh begitu lama. Dengannya aku ada kawan, teman, sahabat dan orang yang aku sayang yang membantu aku , menolong aku, beri pandangan pada aku. hari cuti maulidul rasul nie aku merancang nak g jalan2 bersama kawan, sahabat aku....Pada minggu yang lepas sempat juga aku tulis tentang kawan, teman, sahabat dan orang yang mengenali kita.. tapi sekarang baru aku dapat terbitkan semua nie. Sebab Macam2 masalah dengan internet slow sgat dan asgmnt banyak 2 yang buat aku tak sempat nk update blog..

SAHABAT

Kaulah racun, kaulah penawar….

Bukan mudah mengenal yang mana intan, yang mana kaca. Ini Kan pula Hati manusia. Setiap orang pasti ada teman. Setiap orang juga boleh menjadi teman. Tetapi, bolehkah kita menjadi seorang teman atau sahabat yang baik? Sahabat sejati adalah seorang yang sedia mambatu sahabat yang lain ketika dalam kesusahan. Adakah kamu layak digelar sahabat sejati?

PERANAN SAHABAT

Setiap orang pasti memiliki seseorang yang bernama sahabat. Tidak seorang pun di antara kita yang sanggup hidup sendirian tanpa mempunyai seorang sahabat.


Umumnya, persahabatan lahir berdasarkan keadaan, karakter dan latar belakang yang menimbulkan sesuatu ikatan dan kepercayaan. Disebabkan itulah seseorang itu menjalinkan persahabatan supaya dapat belajar berinteraksi secara sosial dengan maksud melahirkan rasa keserasian, saling mempercayai diantara satu sama lain ,saling menghormati dan mengasihi dalam menjalani kehidupan


Sememangnya persahabatan juga memberikan warna baru bagi kehidupan seseorang, kerana mereka dapat saling mengasihi, memberikan kekuatan,menghibur dan saling melengkapi ( memberi dan menerima ) bahkan, boleh dikatakan persahabatan sangat mengutungkan, sebab memberi pengaruh baik bagi mereka; baik dalam prestasi, nilai hidup dan perkebangan diri serta interaksi sosial yang ada dalam kehidupan bersama. Sungguh pun begitu persahabatan juga turut membawa berpengaruh buruk apabila tidak dijaga sepenuhnya kepercayaan dalam perhubungan yang ada. Apatah lagi, jika ia digunakan untuk kepentingan yang diluar kewarasan.


Memelihara keutuhan sebuah persahabatan bukanlah perkara yang mudah, kerana persahabatan erat berkaitan dengan soal hati. Apabila wujud perselisihan faham yang tidak segera diselesaikan dengan komunikasi yang baik, yang mungkin timbul adalah kepahitan. Apabila kepahitan tidak segera diatasi maka akan layulah persahabatan yang diladasi dengan kesetiaan pada awal perhubungan. Sebenarnya, kunci keutuhan persahabatan terletak pada kesetiaan dan kasih sayang.


Kesimpulannya, persahabatan adalah sebuah hubungan dua haka yang dilakukan oleh dua orang atau lebih dengan tidak memandang persamaan jenis jantina tetapi didasari oleh perasaan watak dan karakter serta geologi dengan sepenuh kepercayaan didalamnya.

DIALAH SAHABAT

Cuba ingatkan kembali, bilakahkali terakhir kamu berada dalam kesusahan?

  • Siapakah yang berada disamping kamu?
  • Siapakan yang mengasihi kamu disaat kamu merasakan diri mu tidak dicintai?
  • Siapakah yang menjadi teman penyimpan rasia kamu, di saat kamu ada masalah dengan keluarga atau pun si dia

Mereka adalah sahabat – sahabat kamu. Jadi belajarlah menghargai dan pelihara selalu persahabatan mu dengan mereka!

MADAH PERSAHABATAN

MADAH

  • Mempuynyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
  • Sewaktu dipucak kejayaan, teman-teman mengenal kita.dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita
  • Sahabat umpama air di kala dahaga. Sahabat umpama nasi kala lapar.sahabat umpama cahaya di masa gelap
  • jika kamu bersahabat bersiaplah untuk berkorban demi sahabat kamu itu. Jikakamu bermusuhana dengan sahabat mu bersiaplah untuk mengalah demi persahabat kalian

HADIAN PERSAHABATAN

Hadiah bukan bererti pemberian material semata-mata. Sebaliknya bermacam-macam cara dan tindakan yang boleh kamu lakukan sebagai pengganti sebuah hadiah. Apa yang penting, pemberian tersebut perlu lah lahir dari sebuah perasaan yang ikhlas dan jujur. Ada juga perbuatan tertentu yang boleh kamu kategorikan sebagai hadiah. Hadiah yang ikhas ini boleh ditunjukan khas buat sahabat tersayang.

Tips 1
Di kala kamu dipulaukan oleh teman2 sekolej atau sekerja yang lain sahabat sedia berada disisi dan cuba menjernihkan keadaan dengan menjadi orang tengah di antara kamu dengan kawan2 yang lain. Maka individu ini memang wajar digelar sahabat sejati.

Tips 2
Walau apa jau kebururkan yang didengarinya mengenai diri kamu sahabat tidak akan mempercayai dengan mudah. Sebaliknya seorang sahabat sejati akan merujuk kembali kepada kamu dan menanyakan tentang kedudukan yang sebenar.

JADI PENDENGAN SETIA

Mendengan apa yang diceritakan atau dibincarakan oleh sahabat di hadapan kamu. Jangan sesekali menyampuk atau menokok tambah sewaktu sahabat sedang berbicara. Buktikan bahawa kamu adalah pendengan yang setia dan sudi untuk berkongsi suka dan duka bersama – samanya


MENGAMBIL BERAT

Tidak semua masalah yang dihadapi oleh sahabat perlu diluahkan secara lisan. Ada kalanya kamu mampu mengenal pastinya melalui reaksi wajar sahabat, sekiranya sahabat mu sedang berduka, sebagai tanda mengambil berat keatas dirinya, apa kata jika kamu cuba menghiburkan hatinya dengan mengajak keluar bersama bagi menenangkan fikiran.

JALIN KEMESRAAN

Sedia menghulukan bantuan atau pun pertolongan kepada sahabat, meskipun ia hanyalah sekadar pertolongan kecil. Namaun perbuatan tersebut bakal mengeratkan lagi sesebuah perhubungan

Friday, February 13, 2009

lirik lagu rabbani

Ingat 5 Sebelum 5
.
.
.
Duhai teman dan tuan-puan
Mari kita berpesan-pesanan
Baik lelaki juga perempuan
Duduk di kampung atau di pekan
.
.
.
.
Zaman ini zamam kemajuan
Kebendaan menjadi ukuran
Hidup saling bersaingan
Jika lalai tinggal sendirian
.
.
.
.
Nabi junjungan pernah berpesan
Agar hidup ada pegangan
Semak selalu jangan lupakan
Agar tak susah di hari kemudian
.
.
.
.
Kena diingat lima perkara
Sebelum tiba lima perkara
Aaa... aaa...
Semoga hidup aman bahagia
.
.
.
.
Waktu lapang buatlah amalan
Sebelum sibuk pelbagai urusan
Isilah dengan amal kebajikan
Menuntut ilmu dan baca Al-Quran
.
.
.
.
Waktu senang beringatlah
Sebelum tiba waktunya susah
Jika datang ancaman musibah
Mampu bersedia selesai masalah
.
.
.
.
Bila sihat jagalah badan
Sebelum derita sakit tak keruan
Kawallah makan untuk kesihatan
Ringan ibadah nak dikerjakan
.
.
.
.
Jika kaya bermurah hati
Dapat pahala menolong orang
Aaa... aaa...
Jikalau miskin apa pun tak ada
.
.
.
.
Waktu kita hidup di dunia
Sediakan bekalan sebelum mati
Walaupun susah banyak halanganT
abah dan sabar Allah kan sayang
.
.
.
.
Ingat-ingat kita semua
Jangan mudah sombong diri
Insafilah pesanan ini
Untuk kita suluh diri
.
.
.
.
Semoga lembut hati kita
Untuk taat dan berbakti
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali

PELAJAR DIPLOMA ILP MERSING

macam-macam ragam pelajar diploma yang saya jumpa
kasiannya mber aku kepenatan selepas blk dari hutan lipur gunung belumut

nie dua orang peserta yang x dpt ikut g hutan lipur gunung belumut,
tgk muka kasiannya (sedih)... gaya rock untuk lindung kesedihan
nie calon mpp ( disiplin ) sebelum nie aku rasa dia pernah jadi tukan kebun kot, nampak gaya dia mcm boleh je.

gaya peminat meet uncle hussain

Sunday, February 8, 2009

PELAJAR ILP MERSING " time berkempen kat hutan lipur gunung belumut"

bercuti hujung minggu pelajar ilp mersing


duit yang sempat dikumpul untuk beli barang



sempat juga ambik gambar sebelum memulakan perjalanan ke hutan lipur gunung belumut

dalam pejalanan ke destinasi inilah pemandangan yang indah..... rasa2 kot le,

aksi din sabah & iqbal masa ambik gambr dalam perjalanan ke (HLGB)

ambik time berhenti beli ais

gambar ikan yang sempat aku ambik

pemandangan tempat destinasi

berendam seketika maklumlah jalan jauh nak sejukan badan

pandangan dari atas jambatan gantung

nie din perak pandangan dari bawa jambatan gantung

macam nk buat album nasyid la pulak nie heheh


nie selepas buat benteng tahan air... kat kepala 2 le benteng tahan air

dah nak balik dari ala2 berkempen kata orang. hehehe

jurukamera time ala2 berkempen


gambar kenangan kat depan pintu
terima kasih datang lagi yeh